Minggu Pertama Perjumpaan
Pada tarikh 14/12/18 kami diberi penjelasan tentang tugasan dan aktiviti yang perlu dibuat sepanjang minggu kokurikulum .
Pada hari tersebut kami dibahagikan kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah membuat rekaan logo.Setiap logo yang direka mempunyai maksud tersendiri yang berkaitan mesra alam.
(Dicatat oleh Aida)
Minggu Kedua Perjumpaan
Di dalam kelas,setiap kumpulan mempersembahkan logo mereka dan menerangkan fungsi dalam setiap logo. Kami diberi beberapa minit untuk menerangkan tentang rekaan logo kami.
Setiap warna membawa pelbagai makna pada logo kami . Logo direka oleh gabungan idea ahli kumpulan kami iaitu Aida dan Afikah . Kerjasama ahli kumpulan lain juga turut membantu dalam melengkapkan rekaan logo tersebut.
(Dicatat oleh Deena)
Minggu Ketiga Perjumpaan
Kertas kerja yang diberi oleh pensyarah perlu disiapkan setelah menetapkan aktiviti CSR.
Semua ahli kumpulan mulakan tugasan dengan menetapkan tempat yang dipilih untuk melakukan aktiviti CSR. Maklumat dari media massa sangat digalakkan dalam pencarian untuk melakukan aktiviti CSR .
(Dicatat oleh Aida@Deena)
Minggu Keenam Perjumpaan
24-01-2019
\
Aktiviti hari ini ialah perbincangan berkenaan trip Csr ke Zoo Negara Melaka. Trip itu dianggarkan akan dijalan pada 21/2 atau 28/2. Trip Csr ini diadakan selama sehari. Semua kumpulan perlu bawa tambahan kasut dan baju.
Seterusnya, semua kumpulan diagihkan tugas masing2 untuk Program Csr-menyayangi Alam. Kumpulan kami diberi tugas sebagai Ahli JawatanKuasa Sijil.
(Dicatat oleh Afiqah)
Minggu Seterusnya
20-02-2019
Kami telah membuat "DIY PLANT" daripada bahan-bahan yang terbuang.
Kami memilih tin yang tidak diguna pakai lagi untuk dijadikan pasu DIY.
Selain itu,kami tidak memerlukan kos yang banyak untuk membuat "DIY PLANT" ini.
Contoh barang yang kami guna ialah:
Berus,Warna air,Surat Khabar,Gam,Pasir,Batu dan Pokok.
Berus,Warna air,Surat Khabar,Gam,Pasir,Batu dan Pokok.
(Dicatat oleh Aida dan Deena)
Pada 28-02-19
Kami berada di Zoo Melaka untuk melakukan csr yang mewakili pelajar dan pensyarah.Seramai 40 orang termasuk pelajar dan pensyarah yang mengikuti aktiviti ini. Kami dibahagikan beberapa kumpulan untuk menjalani aktiviti pembersihan di Zoo tersebut. Kami juga dibekalkan peralatan kebersihan daripada pihak zoo.
Selepas sudah habis aktiviti csr dan makan tengahari,kami bergerak ke bandar untuk mengambil sedikit masa untuk mengambil angin dan membeli belah di bandar Melaka.
(Dicatat Oleh Aini)
Pada 7-03-19
Dalam kelas,kami diberi tugas untuk mengecat dan mengemas di bilik HEP. Murid yang tidak terlibat hendaklah menyiapkan blog untuk dihantar pada Madam nanti. Kumpulan kami diberi tanggungjawab untuk membuat salinan sijil untuk aktiviti csr di Zoo Melaka pada tempoh hari.
(Dicatat oleh Syahirah)
No comments:
Post a Comment